‘Ijazah Saya Bukan Untuk Cuci Tandas’

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini telah mencabar golongan belia di Malaysia yang tergolong dalam 161,000 golongan penganggur berusia 20 tahun hingga 24 tahun untuk bekerja di sektor 3D, iaitu ‘dirty’, ‘dangerous’, dan ‘difficult’.

 

Permintaan pekerjaan dalam sektor ini menjadi masalah bagi majikan kerana kekurangan minat dari golongan belia sendiri untuk ceburi.

 

Kenyataan beliau dibuat bagi menjawab persoalan dan bantahan mengenai kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk secara berperingkat dalam tempoh masa 3 hingga 5 tahun dibawah seliaan G2G Plus System yang melibatkan kerjasama kerajaan Malaysia dan Bangladesh. Malah, statistik kini merekodkan terdapat 600,000 warganegara Bangladesh yang berdaftar berkerja di Malaysia.

 

Menurut kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot pula, 1.5 juta pekerja Bangladesh bukan hanya untuk Malaysia tetapi untuk 139 negara di serata dunia.

 

Namun, kenyataan Datuk Seri Zahid turut menerima reaksi negatif masyarakat apabila golongan belia dikatakan sebagai punca utama negara membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi permintaan sektor 3D ini.

 

“Saya tidak mendapat ijazah untuk membersihkan tandas!,” kata seorang remaja kepada sebuah portal berita tempatan.

 

“Jika saya mahu bekerja dalam sektor 3D itu, saya akan melakukannya sejurus selepas sekolah menengah. Saya tidak akan belajar tinggi-tinggi selama empat tahun dan tinggal jauh dari keluarga saya untuk membersihkan tandas,” ujar seorang lagi belia mengenai perkara yang sama.

 

Kekecewaan yang dihadapi oleh belia-belia ini dapat difahami kerana ramai yang bercita-cita untuk mendapatkan kehidupan yang selesa dan mempunyai pekerjaan yang bergaya ‘profesional’ untuk menjamin masa hadapan.

 

Walaubagaimanapun, apa yang jelas kelihatan di sini adalah sikap mementingkan diri sendiri belia yang tidak bersyukur, manja, perungut dan tidak mempunyai sedikit idea bagaimana golongan-golongan terdahulu melalui kehidupan yang sukar.

 

Selain itu, isu ini telah mendedahkan bahawa industri tempatan sering mengambil jalan mudah dengan mengeksploitasi buruh asing berbanding meningkatkan taraf dan upah pekerjaan 3D di Malaysia bagi menarik minat warga tempatan seperti yang telah diumumkan oleh MTUC kepada sebuah portal berita bahawa 300,000 rakyat Malaysia orang sanggup bekerja sebagai buruh di Singapura kerana kadar bayaran yang lebih tinggi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.