Hina Polis, IPD Cheras Batal Hasrat Jemput Ustaz Nahar Ceramah

Kuala Lumpur -Disebabkan klip video pendek yang dikatakan menghina anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebar di laman media sosial, Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras membatalkan hasrat menjemput Nahar Afandi Ghazali untuk menyampaikan kuliah agama.

 

Nahar yang merupakan penceramah bebas itu ketika dihubungi SuaraTV berkata, penyebaran rakaman kuliah Subuh yang disampaikan di sebuah masjid di Pulau Pinang Sabtu lalu, telah menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap dirinya.

 

“Kalau ikut jadual, saya sepatutnya menyampaikan ceramah di IPD Ceramah, tapi disebabkan klip video tersebut menjadi viral di laman media sosial mereka telah membatalkannya di saat akhir tapi penganjur menghubungi dan memarahi saya kerana merasa terguris.

 

“Mereka kata buat apa nak jemput lagi kerana kenyataan bodoh dan bangang itu teah membuatkan mereka rasa terhina sedangkan apa yang saya maksudnya adalah segelintir di kalangan anggota polis dan bukan secara keseluruhannya… apa yang boleh saya katakan mereka mengambil kenyataan tersebut di luar konteks,” katanya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

 

Menurut anak kepada pengasas Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq itu, walaupun masyarakat mencerca kenyatan tersebut namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk berkata benar bagi menyampaikan ajaran Islam.

 

“Saya tak kisah pun kalau mereka (penganjur) nak batalkan, itu adalah hak mereka namun saya percaya rezeki di bumi Allah yang luas ini ada dimana-mana. Apa yang penting saya telah menunaikan tangungjawab untuk menyampaikan kebenaran.

 

“Kerana apa yang saya sampaikan itu adalah merupakan rungutan dan aduan anggota PDRM sendiri yang sebelum ini mengadu dan mengeluh kerana tidak dapat menunaikan solat Jumaat kerana terpaksa bertugas… namun mereka (masyarakat) yang tidak faham maksud kenyataan tersebut terus menjatuhkan hukum dengan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap diri saya” ujarnya pula.

 

Nahar sebelum ini mendakwa tindakan anngota polis yang bertugas ketika solat Jumaat adalah bertentangan dengan hukum Islam dan gaji yang diperolehi oleh mereka adalah haram.

 

Di dalam ceramah yang sama, beliau turut menyifatkan kenderaan yang dinaiki oleh rakyat di negara ini seperti babi kerana mengunakan perkhidmatan bank yang  mengamalkan amalan riba.

 

Rata-rata pengguna Facebook kemudiannya menyifatkan kata-kata nista yang dituturkan itu bukan merupakan sebahagian daripada Islam sambil menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan. – SuaraTV

 

 

 

3 thoughts on “Hina Polis, IPD Cheras Batal Hasrat Jemput Ustaz Nahar Ceramah

  • February 22, 2016 at 7:12 pm
    Permalink

    inikah style yg nabi suruh semasa berdakwah???….maki hamun..???

    Reply
  • February 23, 2016 at 7:56 am
    Permalink

    Ada kh sifat sa-org ustaz begini rupa?menjatoh kn hokum haram,siapa dia?sudah kh amalan nya sudah dpt kepastian dp allah? yg dia nk mengatakn org mkn gaji haram? Tidak kh dia tau yg allah tidak membebankn pd sesaorg hamba nya d atas kemampuan nya,apa kh hokum nya apabila menyakiti hati org lain? sudah lh ,belakang kita sendiri saja pn ta mampu nk melihat nya,asik lihat salah org lain saja. Taubat lh wahai hamba allah,cepat2 seblm terlambat…….Nabi ta lh bersifat seperti itu….klu lh nabi bersifat seperti ini nescaya ta da org nk memelok Islam lh……berhenti sja ceramah dh lh……ini berkempen party kot?

    Reply
  • February 23, 2016 at 12:35 pm
    Permalink

    Fuck you Ustaz..shame on you

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.