FAM Mahu FIFA Calon Gol Faiz Subri Untuk Anugerah Puskas

KUALA LUMPUR –  Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menghantar surat kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mencadangkan gol jaringan pemain Pulau Pinang Mohd Faiz Subri dicalonkan untuk Anugerah Puskas 2016.

 

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan media berkata FAM mencadangkan kepada FIFA agar gol dijaringkan pemain berusia 29 tahun itu tersenarai untuk mendapat anugerah berkenaan.

 

Gol yang melencong cantik sebelum menerjah gol lawan itu terhasil menerusi sepakan percuma dari jarak kira-kira 32 meter pada perlawanan Liga Super ketika Pulau Pinang bertemu Pahang di Stadium Bandaraya pada 16 Feb lepas.

 

Ia segera menjadi viral di media sosial dengan ramai pihak menyifatkan ia seakan-akan gol jaringan pemain bek kiri Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1997. -BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.