Dua Pembunuh Upahan Mati Ditembak, Di Sarawak

Kuala Lumpur – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak berjaya menembak mati dua pembunuh upahan dalam insiden berbalas tembakan di Sibu, Sarawak, hari ini.

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, susulan insiden tembakan itu, pihaknya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya tujuh kes bunuh dan cubaan bunuh di negeri itu.

 

“Syabas JSJ Sarawak @PDRMsia tadi, dalam insiden berbalas tembak di Sibu, tumpaskan dua pembunuh upahan, selesaikan tujuh kes bunuh/cuba bunuh. #GoPDRMGo,” kata Khalid dalam laman Twitter rasminya hari ini. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.