BN Umum Calon PRN-11 Sarawak, Mac Ini

Kuching – Senarai nama penuh calon Barisan Nasional (BN) Sarawak yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) ke-11 akan datang, bakal diketahui bulan depan.

 

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata senarai nama calon itu telah diputuskan dan akan diumumkan pada Mac.

 

“Bulan depan saya akan mengumumkan nama calon Barisan National. Tarikhnya sekitar bulan depan, ya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Pendidikan Kenegaraan Negeri Sarawak 2016 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini.

 

Bagaimanapun, tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak terus menjadi teka teki.

 

“Pembubaran akan dibuat apabila tiba masanya. Penggal DUN tamat pada 21 Jun tahun ini, walaupun saya tidak mengumumkan ia dibubarkan, DUN itu juga secara tersendiri akan terbubar dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

 

“Ini boleh berlarutan sehingga Ogos. Namun anda juga boleh membubarkan DUN sebelum itu, iaitu sebelum Jun,” katanya.

 

PRN Sarawak dijangka diadakan 30 April ini, manakala tarikh penamaan calon pada 18 April.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.