Banjir Di Sarawak Bertambah Buruk, Hampir 8 Ribu Mangsa Dipindahkan

Kuching – Banjir di negeri ini bertambah buruk apabila beberapa daerah mencatatkan peningkatan jumlah mangsa kepada 7,931 pagi ini berbanding 5,769 malam tadi.

 

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, sehingga jam 6 pagi ini, sebanyak 47 pusat pemindahan dibuka.

 

Daripada jumlah itu, Kuching mencatat jumlah tertinggi dengan 24 pusat pemindahan, sembilan di Bau , tujuh di Serian, enam di Samarahan dan satu pusat di Padawan.

 

Beliau berkata, jumlah itu meningkat mendadak berikutan ramai mangsa dipindahkan tengah malam tadi dan awal pagi ini.

 

“Air yang naik mendadak selepas hujan lebat di hulu sungai menyebabkan banyak kawasan rendah di Kuching dinaiki air malam tadi.

 

“Pagi ini, diharap keadaan pulih apabila sudah menunjukkan tanda menurun dan kita juga berharap hujan akan reda hari ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.