Azmin Tak Patut Campur Isu Pemecatan Dua Adun PKR, Kata Lim Guan Eng

GEORGETOWN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak menyangka Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masuk campur dalam pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang selepas menyelar tindakannya memecat dua Adun PKR dalam agensi dan syarikat berkaitan kerajaan negeri.

 

Menurutnya, prinsip tidak masuk campur dalam pentabdiran negeri masing-masing itu dipegang sejak 2008 lagi.

 

“Saya hairan kenapa tiba-tiba Mohamed Azmin masuk campur dalam pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang sedangkan sejak 2008 lagi, kita mengamalkan prinsip menguruskan negeri masing-masing. Saya rasa ini pertama kali beliau masuk campur dalam hal di Pulau Pinang.

 

“DAP juga tidak pernah masuk campur dalam hal negeri Selangor kerana kita ada wakil (sebagai Exco) dalam pentadbiran negeri itu,” katanya kepada media di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebentar tadi.

 

Semalam, PKR menyelar Guan Eng yang memecat dua Adun PKR, Ong Chin Wen (Bukit Tengah) dan Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) daripada agensi dan syarikat berkaitan kerajaan negeri.

 

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, Guan Eng tidak sepatutnya berbuat demikian kerana dua Adun PKR itu hanya menyampaikan pandangan yang berbeza dan harus diraikan setiap pihak. – Sinar

One thought on “Azmin Tak Patut Campur Isu Pemecatan Dua Adun PKR, Kata Lim Guan Eng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.