Anak Sultan Johor Lancar Koleksi Fesyen

Kuala Lumpur – Puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah, dilapor mengeluarkan koleksi fesyen yang mengetengahkan rekaan baju kurung moden yang eksklusif.

 

Beliau bekerjasama dengan pereka tempatan tersohor, Jovian Mandagie untuk menghasilkan koleksi fesyen di bawah jenama, TunkuTunAminahXJovian.

 

Sebanyak 10 pasang koleksi baju kurung rekaan Tun Aminah dilancarkan baru-baru ini, memetik laporan sebuah portal hiburan,

 

Sementara itu Jovian menerusi akaun Instagramnya menyatakan beliau sangat teruja dapat bekerjasama dengan Tunku Aminah.

 

Jovian merupakan menantu kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.