SPRM Selamatkan RM33 Juta Yang Cuba Diseleweng Mangsa Banjir

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, berjaya menyelamatkan RM33 juta wang kerajaan yang cuba diseleweng oleh mangsa banjir dalam pengagihan wang ihsan, pada penghujung Januari lalu.

 

Menurut pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Aban, terdapat penurunan dari segi jumlah permohonan bantuan wang ihsan, selepas pihaknya memberi peringatan kepada mereka yang membuat ikrar palsu permohonan.

 

“Sepanjang pengetahuan saya, sebagai jawatankuasa, terdapat penurunan bukan sahaja kes musnah keseluruhan, malah juga permohonan wang ihsan RM500.

 

“Apabila kami menyemak semula senari permohohan, ada berlakunya pemalsuan dari segi pengikraran borang tersebut,” Abdul Aziz berkata.

 

Jumlah permohonan untuk bantuan rumah rosak 100 peratus di kuala krai berkurang dari 2,030 kepada 1,615 selepas pihaknya melampirkan borang akaun tuntutan palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 

Akta tersebut memperuntukan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000.

 

Selain tuntutan kediaman, terdapat juga permohonan bertindih dalam bantuan wang ihsan banjir RM500. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.