Presiden Majlis Peguam Enggan Nyata Pendirian

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong enggan menyatakan pendirian berhubung desakan lebih 100 ahli badan itu yang meminta beliau menarik semula kenyataan mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kesalahan liwat.

 

Sebaliknya, Christopher yang turut didesak agar meletakkan jawatannya sekiranya enggan berbuat demikian hanya berkata, beliau mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan daripada ahli badan peguam.

 

“Semua peguam diminta supaya menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam pada 14 Mac ini.

 

Salah seorang daripada peguam itu, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, Christopher perlu mengemukakan permohonan maaf yang jelas dan tanpa bersyarat kepada badan kehakiman.

 

Sekiranya Christopher gagal menarik balik kenyataan itu dalam tempoh 14 hari, kumpulan peguam berkenaan akan mengambil segala langkah perlu untuk menggesa beliau segera berundur daripada jawatan Presiden Majlis Peguam dan meminta Peguam Negara agar mengambil prosiding menghina yang sewajarnya terhadap beliau.

 

Sebelum ini, media melaporkan Christopher mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar dianaiya bukan didakwa selepas Ketua Pembangkang itu gagal dalam rayuan akhirnya untuk mengenepikan sabitan kesalahan meliwat. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.