LTAT Umum Dividen Dan Bonus 15 Peratus

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pembayaran dividen dan bonus sebanyak 15 peratus bernilai RM835.1 juta iaitu yang tertinggi pernah dibayar badan pelaburan itu sejak ditubuhkan pada tahun 1973.

 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah tersebut merangkumi dividen biasa sebanyak tujuh peratus, bonus satu peratus dan bonus khas sebanyak tujuh peratus dalam bentuk unit-unit amanah saham secara percuma kepada pencarum aktif.

 

Beliau berkata, LTAT mencatat keuntungan belum diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 sebanyak RM1.014, iaitu pencapaian terbaiknya sejak 42 tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.