Esscom Adakan Latihan Taktikal Di Tawau Bermula 27 Februari

KOTA KINABALU 22 Feb. – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan mengadakan latihan taktikal selama dua hari di sekitar daerah Tawau bermula 27 Februari ini.

 

Komander Esscom, Datuk Abd. Rashid Harun berkata, Latihan Amal Pasak II itu dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

 

“Latihan itu merupakan sebahagian daripada latihan amali pihak keselamatan dalam menghadapi sebarang kemungkinan kejadian jenayah.

 

“Jadi kita minta penduduk di sekitar daerah Tawau agar tidak panik apabila melihat pergerakan pasukan keselamatan di kawasan mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.