Arab Saudi Dilanda Salji

RIYADH  – Sebahagian besar wilayah Al-Aqlan di Tabuk, Arab Saudi menerima taburan salji semalam.

 

Kejadian itu dipercayai ekoran cuaca sejuk yang melanda Turki, Jordan, wilayah Palestin dan Lebanon.

 

Jurucakap media bagi Jabatan Pertahanan Awam Tabuk, Kolonel Mamdouh Al-Enzi berkata, pihak­nya sedang membuat persiapan menghadapi kemungkinan cuaca buruk.

 

Katanya, penduduk di daerah itu dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu dan mengelak kawasan lembah dan kawasan berbahaya.

 

Salji dijangka meliputi beberapa kawasan di utara Arab Saudi mi­nggu ini termasuk di Al-Jouf, Rafah dan Tareef. – AGENSI / UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.