Adam Adli, Fariz Muda Dibebaskan

SHAH ALAM – Ketua koordionator Jingga 13, Fariz Musa dan aktivis anak muda, Adam Adli yang ditahan semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jinjang, Kuala Lumpur dibebaskan kira-kira 11.15 pagi, hari ini.

 

Berita pembebasan dua pemimpin itu dikongsi Fariz di akaun Twitternya dua jam lalu dengan memuat naik sekeping gambar beliau bersama Adam menunjukkan tanda bagus.

 

“Saya dan Adam Adli telah dibebaskan selepas satu malam di lokup di Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan,” tulisnya di laman media sosialnya, hari ini.

 

Semalam, Fariz dan Adam ditahan sewaktu menyertai himpunan #Kita Lawan di hadapan Pusat Beli-belah Sogo di ibu negara.

 

Laporan menyebut mereka ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan mengikut Akta Perhimpunan 2012 kerana menganjurkan himpunan tersebut.

 

Himpunan itu diadakan sebagai tanda solidariti untuk pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menjadi tahanan politik dalam kes liwat II. – Sinar

One thought on “Adam Adli, Fariz Muda Dibebaskan

  • February 22, 2015 at 6:39 pm
    Permalink

    No improvement on genetics nor environment nampaknya. Kesian keturunan mereka ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.