PKP longgar lebih susahkan rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi mencadangkan kerajaan supaya melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang tegas bukannya separuh masak seperti yang dijalankan ketika ini.

Puad mengesyorkan, lebih baik laksanakan PKP seketatnya agar PKP tidak perlu disambung setiap minggu kerana menyusahkan rakyat mendapat sesuap nasi.

“Betul, lagi lama PKP 2.0 yang longgar ini dilanjutkan, lagi lama ketidakadilan berlaku. Ada yang dibenarkan beroperasi cari makan ada yang tidak boleh cari makan.

“Setuju dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawabPKP yang tegas untuk seketika adalah lebih baik dari PKP separuh masak yang berpanjangan,” katanya.

Puad memberitahu, PKP yang bersambung akan mengakibatkan mudarat yang berpanjangan.

“Mudaratnya berpanjangan. Masalah tidak selesai.

“Masalah Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal lama jadi Perdana Menteri sahaja yang selesai,” bidas beliau.

Puad mempersoalkan langkag kerajaan sambung lagi sampai PKP sampai 4Febuari 2021.

Sedangkan kes tetap tinggi. PKP sambung setiap minggu?

“Masalahnya kuatkuasa PKP tidak ketat. Kereta berkeliaran di lebuh raya. Dengar info radio, jalan di KL sesak macam biasa setiap pagi kerana rakyat nak pergi kerja.

Sedangkan Kluster tempat kerja penyumbang “besar. Sekarang ada 11 kluster tempat kerja daripada 16 kluster. Kilang dan tapak pembinaan diberi kelonggaran beroperasi.

“Memang double standard. Kerajaan bukan sahaja tidak konsisten tetapi nampak macam tidak tahu apa nak buat. Tegas atau tidak,” katanya.

Bahkan ujarnya, rakyat tidak boleh makan di restoran. Tetapi orang ramai selamba makan di gerai gerai di pekan kecil dan kampung.

“Maka tujuan darurat gantung Parlimen hanya untuk pekakkan telinga daripada dikritik kerana gagal menangani pandemik Covid-19 malah sudah tidak ada semak and imbang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat