Tukar Kerajaan Bukan Penyelesaian

KUALA LUMPUR – Menukar kerajaan untuk menghadapi krisis politik dan ekonomi seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan bukan satu penyelesaian yang berkesan.

Jelas Salleh di dalam blognya, kedua-dua pemerintah AS dan UK sedang menghadapi krisis keyakinan dan berusaha untuk kekal relevan.

“Pakatan Harapan memberitahu rakyat bahawa Malaysia juga menghadapi krisis politik dan ekonomi dan satu-satunya jalan keluar adalah dengan menukar kerajaan atau menggantikan Perdana Menteri.

“Mereka melakukan ini di AS dan United Kingdom tetapi krisis politik dan ekonomi yang dihadapi mereka tidak berakhir. Malah, ia semakin buruk,” jelas Salleh.

Salleh selanjutnya menjelaskan, dunia sebenar sedang berdepan dengan krisis dan sebagai ahli komuniti dunia, Malaysia turut mengalami kesannya.

Kata beliau, ini bermakna penyelesaian bukan dengan mengambil jalan mudah untuk mengubah kerajaan atau Perdana Menteri.

Beliau turut mengingatkan, Malaysia sebaenarnya menghadapi krisis ini lebih baik daripada kebanyakan negara lain. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.