Tragis, Malam Pertama Gadis Ini DiPaksa Berhubungan Intim Dengan Jirannya

Kemboja – Tidak  ada kata yang tepat untuk menggambarkan peristiwa tragis yang dialami oleh seorang pengantin wanita ini.

Pengantin perempuan ini menjadi mangsa perkosaan hanya pada malam pertama selepas perkahwinan.

Bukan oleh suami barunya, tetapi oleh lelaki lain yang bernama Chhoen Chanseng.

Lelaki berusia 18 tahun itu menyelinap ke dalam bilik pengantin dan berpura-pura sebagai suaminya.

Peristiwa tragis ini terjadi di desa Chhkues, di selatan Provinsi Prey Veng, Kemboja.

Diceritakan, pengantin wanita yang juga berusia 18 tahun sudah masuk ke bilik pengantin terlebih dahulu.

Setelah lampu bilik dipadamkan, Chhoen Chanseng masuk ke dalam bilik dan berpura-pura sebagai suaminya.

Pengantin wanita itu pun memenuhi keinginan lelaki yang disangkanya sebagai suaminya berhubungan intim di malam pertama.

Setelah itu baik pengantin wanita dan Chhoen Chanseng tertidur  berdampingan di ranjang pengantin.

Keesokan paginya, ketika bangun tidur, pengantin wanita terkejut melihat seorang lelaki yang bukan suaminya tidur di sampingnya.

Dia pun menjerit dengan kuat.

Chhoen Chanseng terus ditangkap dan dibawa ke balai polis.

Dalam pemeriksaan polis, lelaki itu mengaku ia melihat sebuah kesempatan untuk menyalurkan hasratnya yang terpendam sejak lama kepada pengantin wanita.

DIa masuk ke bilik pengantin dan melakukan hubungan intim dan kemudian jatuh tertidur di sampingnya.

Media di Kemboja melaporkan Chanseng telah dipenjara. Lelaki itu dituduh telah memperkosa wanita tersebut.

Dia boleh dikenakan  hukuman penjara selama 10 tahun jika terbukti bersalah di mahkamah.

“Berdasarkan laporan ,  pelaku jatuh cinta pada pengantin wanita sejak sekian lama, tetapi keluarganya miskin dan dia tidak berani untuk melamarnya,” kata Pov Chivy, kepala pihak polis.

Tambahnya, pada hari perkawinan magsa, Chanseng terus mengawasi pasangan pasangan baru setiap saat.

Ia boleh dilakukan kerana rumah mangsa dan rumah pelaku adalah bersebelahan.

Keluarga mangsa menangkap Chanseng di bilik pengantin perempuan ketika menjerit pengantin perempuan setelah menyedari identiti sebenar lelaki itu di sampingnya.

Dalam pengakuan pertamanya, pesalah itu mendakwa telah melakukan hubungan seks tiga kali pada waktu malam.

Tetapi, dia mengubah kisahnya dan berkata hanya sekali, untuk menyesuaikan diri dengan kiraan pengantin perempuan.

“Pelaku telah ditangkap dalam bilik pengantin dan dia telanjang,” kata Sao Chantha, Ketua Polis Daerah Kanri Chriech.

Pelaku juga merancang untuk berhubungan lagi selepas yang pertama, tetapi kemudian dia tertidur.

Kemudian, kenapa peristiwa malam pertama tragis ini berlaku?

Dipetik dari laman The Bodia, Jumat (19/1/2018), Chhoen Chanseng melakukannya selepas tahu suami sang pengantinpingsan dan tertidur di sebuah meja di luar rumahnya.

Ternyata pengantin lelaki itu mabuk selepas pernikahan itu.

Menurut ketua kampung Chhkues, Leat Chheat, disebabkan kejadian ini, keluarga pengantin lelaki menolak pengantin perempuan sebagai menantu untuk anaknya.

Mereka ingin agar pernikahan anak lelaki mereka dengan mangsa dibatalkan.

Selain itu, keluarga pengantin wanita dituntut untuk mengembalikan wang hantaran sebanyak RM6000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.