PH Akan Salah Guna Kuasa Jika Jadi Kerajaan Pusat – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 21 Januari 2018

Pakatan Harapan dijamin akan menyalahgunakan kuasa mereka jika dipilih menjadi Kerajaan Persekutuan.

Di negeri-negeri yang mereka kuasai juga mereka menunjukkan mereka tidak malu untuk menggunakan kuasa mereka ke atas orang-orang yang tidak mereka sukai.

Di Selangor, Pesuruhjaya PAS baru sahaja diberitahu oleh bendahari negeri bahawa semua peruntukan negeri kepada ADUN PAS telah dibekukan untuk tahun ini.

Di Pulau Pinang, ADUN DAP Teh Yee Cheu dibuli sekali lagi oleh Kerajaan DAP.

Terdahulu, beliau dan ADUN PKR Cheah Kah Peng dihalang daripada memberi bantuan banjir dan telah difitnah dengan mengatakan bahawa prestasi kerja mereka tidak bagus apabila kebenarannya adalah kedua-duanya telah bersuara terhadap prestasi Ketua Menteri.

Kali ini, Kerajaan Pulau Pinang kini menghalang Teh daripada menerima peruntukan tahunan yang sememangnya hak beliau sebagai wakil yang dipilih secara sah untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasannya.

Peruntukan itu kini telah disalurkan kepada lelaki bermata biru, pseudo-Melayu Zairil Khir Johari yang mengatakan bahawa beliau tidak lama lagi akan membuka sebuah pusat khidmat di kawasan Teh.

Dua tahun lalu, dua ADUN PKR juga dipecat dari jawatan mereka di dua syarikat negeri Pulau Pinang kerana pertelingkahan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi, jawatan mereka kemudiannya diberikan kepada dua pemimpin DAP di Selangor dan Negeri Sembilan – yang bukan pun dari Pulau Pinang.

Di Selangor, hotel Jamal telah dirobohkan oleh Kerajaan Negeri selepas Jamal membuat ‘stunt’ jubah mandinya terhadap MB Azmin manakala di Pulau Pinang, tandas sebuah kafe telah dirobohkan dalam masa beberapa hari selepas pemilik kafe itu diberi amaran oleh seorang Ahli Majlis DAP Pulau Pinang untuk tidak mengeluarkan kenyataan kritikal terhadap kerajaan negeri.

Pada minggu ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga menunjukkan bahawa beliau tidak akan berhenti membuli dan memastikan media berdiam dengan mengancam untuk menyaman 4 akhbar kerana melakukan tugas mereka dan menyiarkan kenyataan dari Pengerusi BN Pulau Pinang.

Peraturan perundangan? Kebebasan bersuara? Tiada penyalahgunaan kuasa? Tiada penyalahgunaan institusi?

Tidak mungkin!

Ia adalah sangat jelas bahawa Pakatan Harapan akan menyalahgunakan kuasa mereka seperti yang mereka sering kali lakukan sekarang dan malah mereka tidak malu mengenainya.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/01/19/tanjung-bungah-dap-rep-loses-right-to-rm200000-annual-allocation/

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.