Ibu Ini Paksa Anaknya 5 Tahun Bayar Sewa Apartmen ! Alasannya Menakjubkan

Seorang ibu di Amerika Syarikat menjadi viral gara-gara muat naik statusnya di media facebook tersebar .

Ibu ini telah meminta anaknya yang berusia 5 tahun berkongsi bayaran rumah sewa yang mereka tinggal.

Ya, tanpa malu, ibunya meminta anaknya membayar sekitar RM19 setiap minggu.

Sekilas pandang memang kelihatan melampau . Tetapi tenyata ini sebab sebenar si ibu melakukan perkara tersebut terhadap anaknya.

Melalui muat naik Facebook-nya itu, Essence Evans mendedahkan bahawa tindakannya ini bukan untuk mengeksploitasi kanak-kanak atau memaksanya bekerja dari usia awal.

Dasar ini digunakan Evans untuk melatih anaknya bijak menguruskan kewangan dan suka menyimpan.

Ini berlaku kerana setiap hari dia akan memberikan wang saku RM4 pada anaknya.

Jadi, seiap minggu anaknya mampu mengumpul RM28

Jadi bila RM28 sudah terkumpul, setiap minggunya si ibu akan meminta anaknya memberikan RM19 sebagai duit sewa apartemen tempat mereka tinggal bersama.

Baki RM9 di bebaskan Evans untuk digunakan untuk hal apapun.

Jika anaknya tidak memberikan duit sewa RM19, dia akan mendapat hukuman dan akan dimarah.

Hal ini sendiri dibiasakan oleh Evans kepada anaknya supaya apabila dewasa si anak terbiasa  betapa pentingnya mengatur kewangan untuk bertahan hidup ketika sudah besar kelak.

Lantas, apakah wang RM19 yang terkumpul tiap minggu itu boleh untuk membiayai wang sewa apartmen tiap bulan?

Sudah tentu tidak!

Evans menjelaskan bahawa wang tersebut akan  dikumpulkan setiap minggu dan secara automatik dimasukkan ke dalam akaun anaknya.

Jadi kemudian apabila anak itu dewasa dan memutuskan untuk tinggal bersendirian, Evans menjelaskan bahawa anaknya akan mempunyai simpanan sebanyak RM13,396.00 untuk menyewa apartmennya kemudian.

“Sekarang, apa yang dia tidak tahu ialah RM19  yang dia berikan tidak akan hilang, semua wang itu disimpan dalam akaun tabungannya yang akan saya beri kepadanya ketika berusia 18 tahun,” jelasnya. di Facebook.

Unggahan Essence Evans

Evans melanjutkan: “Strategi ini tidak hanya mempersiapkan anak Anda untuk dunia nyata. Tapi ketika mereka melihat berapa banyak simpanan sebenarnya, mereka akan menghargai Anda kerana telah memberi mereka diskaun yang besar. ”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.