DBKL Mahu Wajibkan Penghuni PPR Hadir Kelas Kesedaran Sivik

KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu mewajibkan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) menghadiri kelas dan kempen kesedaran sivik.

Ahli lembaga penasihat DBKL berkata langkah keselamatan dan penguatkuasaan tidak banyak mendatangkan kesan kerana masalah berpunca daripada sikap penduduk.

“Puncanya adalah penduduk sendiri. Jika mereka lebih bertanggungjawab dan berdisiplin semua perkara ini tidak akan berlaku,” kata Datuk Rizalman Mokhtar kepada Malay Mail.

“Kami sudah menjalankan pelbagai program dan kempen kesedaran tetapi penghuni yang tidak bertanggungjawab tidak pernah hadir.”

Minggu lalu, pelajar SMK La Salle, S Satiswaran, 15 tahun, maut di PPR Sri Pantai di Pantai Dalam selepas terkena kerusi pejabat yang dicampak dari tingkat 21.

Rizalman berkata penduduk yang mahu tinggal atau memperbaharui kontrak dengan PPR perlu menghadiri kelas mengikut tempoh yang ditetapkan.

Selain kesedaran sivik, isu keselamatan lain akan diajar seperti kawalan kebakaran dan asas pertolongan cemas.

“Jika gagal kita akan tamatkan kontrak dan mereka perlu keluar menetap di tempat lain. Jadi mahu atau tidak mereka perlu hadiri program,” katanya. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.