Cuba Rawatan Tradisional Dulu – Izzue

KUALA LUMPUR – Sungguhpun perkahwinan yang dibina memasuki angka lima tahun dan belum dikurniakan cahaya mata, pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin tidak patah harapan untuk berusaha.

Menurut Izzue, dia akan mencuba pelbagai alternatif yang disyorkan oleh rakannya demi mendapatkan anak.

Kata Izzue, dia ada terfikir untuk menggunakan kaedah persenyawaan in vitro (IVF) tetapi dia mahu mencuba cara tradisional terlebih dahulu.

“Ramai yang bagi cadangan untuk buat IVF dan kebanyakkannya berjaya.

“Di awalnya memang saya nak buat kaedah itu tetapi terfikir pula nak cuba rawatan tradisional.

“Tak salah mencuba pelbagai kaedah perubatan yang ada asalkan ada usaha. Andai takdir kata dengan cara (tradisional) itu pun tak berhasil, baru lah saya lakukan IVF,” katanya kepada Utusan Online. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.