Bloomberg Iktiraf Malaysia Sebagai Pasaran Baru

Bloomberg telah mengiktiraf Malaysia sebagai pasaran baru muncul yang paling menarik di Asia dan ke-5 paling menarik di dunia untuk tahun 2018.

Satu pencapaian yang baik bagi negara yang Pakatan mengatakan bahawa mereka mahu “selamatkan”. Dengan kedudukan ini, anda boleh menjangkakan lebih banyak pelaburan asing di Malaysia tahun ini.

Mexico dan Turki berjaya meletakkan diri mereka sebagai pasaran baru muncul yang paling menarik pada tahun 2018 berdasarkan pelbagai metrik termasuk pertumbuhan, hasil, kedudukan akaun semasa dan penilaian aset yang dianalisis oleh Bloomberg.

Bagaimanapun, Malaysia berada di tempat kelima, jauh di hadapan Thailand, Indonesia, China dan Filipina.

Ekonomi Asia yang lain berada antara lima yang paling kurang menarik.

Kajian itu meliputi 20 daripada 24 pasaran yang membentuk Indeks Pasaran Baru Muncul MSCI Inc.. Greece, Mesir, Qatar dan Pakistan dikecualikan kerana Greece menggunakan euro dan kerana data terhad untuk tiga lagi negara lain.

Keputusan untuk masing-masing ditunjukkan sebagai Z-score, yang mengukur hubungan nilai individu dengan purata 10 tahun.


https://www.bloombergquint.com/markets/2018/01/21/emerging-market-scorecard-supports-mexico-and-turkey-over-india

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/01/22/emerging-market-scorecard-supports-mexico-turkey-malaysia/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.