Aktor Korea Selatan, Jeon Tae Soo Meninggal Dunia

Aktor Korea Selatan, Jeon Tae Soo, yang merupakan adik kepada aktres Ha Ji Won, telah meninggal dunia semalam, pada usia 34 tahun.

Menuurt agensi pengurusannya, Haewadal Entertainment, Tae Soo sebelum ini menjalani rawatan untuk tekanan dan baru-baru ini terdapat perbincangan mengenai kemunculan semula pelakon tersebut ke industri hiburan.

“ Jeon Tae Soo angat bersemangat dan merupakan seorang artis tulen yang berbakat dalam bidang lain juga, seperti seni. Kami dengan sungguh-sungguh meminta agar orang ramai tidak menerbitkan artikel berbentuk spekulasi tentang mendiang,” kata kenyataan daripada Haewadal.

Keluarga Tae Soo bercadang mengadakan upacara pengebumian secara tertutup dan meminta supaya pihak media tidak hadir pada upacara terbabut.

Susulan kematian adiknya itu juga, Ha Ji Won telah membatalkan semua programnya untuk bersama keluarganya.

Ji Won sebelum ini dijangka terlibat dalam sidang media mengenai filem terbarunya “Manhunt” pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.