Tunggu Selesai PRU-14 Kalau Nak Saya Turun – Mukhriz

JERLUN – Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta kepemimpinan UMNO supaya ‘menunggu’ sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika benar ada usaha untuk memecat beliau sebagai Menteri Besar Kedah.

 

Beliau berkata, sebarang peralihan kuasa Menteri Besar pada masa kini adalah sangat berisiko berikutan ia boleh menyumbang kepada kehilangan sokongan rakyat dan pengundi terutamanya pada PRU-14 kelak.

 

“Macam Pak Abu (ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sharif) kata kalau nak tukar pun tunggulah sat (sehingga PRU-14)…buatlah cara elok, saya ni bukannya susah sangat pun.

 

“Dua tahun tak cukup nak pujuk rakyat (jika tukar Menteri Besar)…kalau rasa saya tak bagus, letaklah sesiapapun saya dan boleh sokong asalkan lebih baik daripada saya…letaklah orang lain dengan syarat sokongan dia lebih baik daripada sokongan saya,” katanya, di sini petang semalam.

 

Terdahulu, Mukhriz yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerlun menemui ahli akar umbi UMNO Jerlun di Wisma UMNO Jerlun yang dihadiri lebih 1,000 penyokongnya. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.