PDRM Siasat Individu Rakam Video Zamani Nyanyi Sambil Digari

KUALA LUMPUR: Susulan penyebaran video yang memaparkan bekas vokalis popular kumpulan Slam, Zamani menyanyi dalam keadaan tangan digari, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang merakam dan memuat naik video berkenaan.

 

Perkara tersebut dimaklumkan Khalid di laman sosial, Twitter miliknya, @KBAB51 sebentar tadi selepas satu video berdurasi 1 minit 23 saat memaparkan bekas vokalis itu seolah dipaksa menyanyi, mula tersebar di laman sosial termasuk aplikasi whatsApp, sejak pagi tadi.

 

Akibat penyebaran video tersebut, rata-rata pengguna laman sosial dilihat mengutuk insiden berkenaan dan menyatakan ia sepatutnya tidak berlaku.

 

Terdahulu, penyanyi berusia 43 tahun yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang di tahan di Taman Keramat Ampang kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram.

 

Turut ditahan bersama Zamani seorang wanita berusia 32 tahun.

 

Mahkamah Majistret Ampang membenarkan tahanan reman empat hari ke atas penyanyi dan wanita tersebut, bermula semalam bagi membantu siasatan. – MalaysiaDigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.