VIDEO: Doktor Pijak & Tendang Pesakit Mental

LIAONING – CHINA. Satu video rakaman litar tertutup (CCTV) beberapa doktor dan jururawat didakwa menjatuhkan seorang pesakit mental dari katil dan memijak pesakit tersebut tersebar di laman sosial.

 

Rakaman CCTV itu telah dimuatnaik ke laman popular YouTube memaparka aksi ganas doktor berkenaan.

 

Menurut laporan Dailymail, kejadian berlaku di sebuah hospital psikiatri di Shenyang, November lepas.

 

Pesakit mental tersebut, Zhao Yanli dijumpai abangnya, Cheng dalam keadaan separuh sedar dan lebam-lebam.

 

“Keadaan beliau sangat teruk,” kata Cheng.

 

Zhao dibawa ke hospital lain dan diberitahu bahawa kemungkinan Zhao untuk berjalan adalah tipis.

 

Sementara itu, keluarga Zhao sudah mengupah peguam untuk menuntut hukuman setimpal terhadap doktor dan kakitangan hospital berkenaan. – Sinar

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.