Tidak Wajar PR Berperang Sesama Sendiri

PETALING JAYA – PKR menyifatkan tindakan sesetengah pihak dalam PR yang enggan hadir ke mesyuarat dan berperang kenyataan melalui media-media sebagai satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan.

 

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, berdasarkan etika berpolitik, segala permasalahan harus diselesaikan melalui mesyuarat.

 

“Saya rasa semua ini boleh diselesaikan melalui meja rundingan. Sebab itu kita minta supaya mesyuarat PR dijalankan secepat mungkin. Sekarang kita nampak bahawa ada sesetengah pihak masih enggan (hadir untuk) bermesyuarat dan berperang di media.

 

“Ini adalah sesuatu yang tidak wajar. Sebab ini adalah etika berpolitik dan koalisi politik di mana harus mesyuarat untuk selesaikan sebarang masalah yang tidak setuju satu sama lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

 

Tze Tzin diajukan persoalan tentang pertelingkahan demi pertelingkahan antara rakan komponennya, Pas dan DAP yang terus berlarutan.

 

Mengulas lanjut beliau berkata, ekoran perkara itu, PKR telah meminta agar mesyuarat pimpinan PR dijalankan secepat mungkin.

 

“ Kita telah minta supaya satu mesyuarat majlis pimpinan PR dijalankan secepat mungkin.

 

“Sebenarnya orang-orang yang terlibat dalam media ini ada satu mesyuarat Setiausaha Agung PR. Mereka yang akan keluar kenyataan,” katanya.

 

Namun ketika ditanya adakah pihak yang enggan itu dirujuk kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau menjawab, “Saya tak tahu, kamu semua tahu (siapa).” – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.