Remaja Maut Dipukul Dengan Kabel Elektrik

Georgetown: Seorang remaja ditemui maut akibat dipukul kabel elektrik di kedai cuci kereta di Jalan Carnavon, di sini, hari ini.

 

Dalam kejadian 7.30 malam itu, mangsa Muneeswaran, 16, dikatakan dipukul dua lelaki yang juga rakannya.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mazlan Kesah, berkata polis sedang memburu seorang suspek yang juga pemilik kedai cuci kereta terbabit bagi membantu siasatan.

 

“Siasatan awal mendapati mangsa adalah anak yatim piatu dan tinggal di rumah perlindungan anak yatim.

 

“Kejadian dipercayai berpunca daripada mangsa yang dikatakan mencuri barang milik suspek hingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan dipukul,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

 

Menurut Mazlan, mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.