Polis Tahan Lima Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh Remaja Yatim Piatu

GEORGE TOWN: Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja lelaki yang maut dibelasah sekumpulan lelaki di Lebuh Carnovan, Georgetown.

 

Kelima-lima lelaki berkenaan dibawa ke mahkamah untuk ditahan reman.

 

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah premis mencuci kenderaan, di tempat lelaki itu bekerja.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam semalam, mangsa, Muneeswaran, 16, yang juga yatim piatu ditemui mati dengan kesan lebam dan berbirat di seluruh badan.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Datuk Mazlan Kesah berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati majikannya terhadap mangsa yang dikatakan telah mencuri sesuatu di premis tersebut.

 

“Kita percaya dia telah dipukul dan kita telah temui di tempat kejadian segulung wayar berukuran lebih  kurang tiga kaki. Dipercayai mangsa telah dipukul dgn menggunakan wayar itu.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.