Kata Laluan ‘123456’ Paling Popular dan Tidak Selamat Tahun 2014

KUALA LUMPUR: Adakah anda pasti kata laluan anda benar-benar selamat? Jika tidak, sila tukar kata kunci anda sekarang termasuk telefon pintar mahupun kad bank kerana ia mungkin kini tidak lagi menjadi rahsia.

 

Menurut laporan terbaru yang dikeluarkan laman webSplashData baru-baru ini, menyatakan kata kunci paling popular pada tahun 2014 yang diguna di seluruh dunia adalah ‘123456’, diikuti dengan perkataan ‘password’.

 

Laman web tersebut mendedahkan kata kunci tersebut antara yang paling dominan ketika pengguna mendaftar kod peribadi keselamatan dan ia perlu dihindari untuk mengelak daripada digodam penjenayah siber.

 

Malah, pakar keselamatan menggesa pengguna agar memilih butiran ‘log’ masuk yang tidak terlalu ketara kerana kata kunci paling popular pada tahun lalu itu adalah paling tidak selamat.

 

Selain itu, laman web SplashData yang berpangkalan di Los Gatos, California turut menyatakan, senarai 25 kata kunci yang teratas termasuklah ‘baseball’, ‘dragon’, ‘football’, ‘mustang’, ‘access’, ‘master’, ‘michael’, ‘superman’, ‘696969’ dan ‘batman’.

 

Data yang dikeluarkan  laman web SplashData baru-baru ini, menyatakan kata kunci paling popular pada tahun 2014 yang diguna di seluruh dunia adalah ‘123456’, diikuti dengan perkataan ‘password’.

 

Data yang dikeluarkan laman web SplashData baru-baru ini, menyatakan kata kunci paling popular pada tahun 2014 yang diguna di seluruh dunia adalah ‘123456’, diikuti dengan perkataan ‘password’.

 

 

Sementara itu, Ketua Eksekutifnya, Morgan Slain berkata, kata kunci berbentuk corak atau ‘pattern’ yang digunakan pada papan kekunci seperti telefon pintar turut kekal popular walaupun keselamatannya begitu lemah.

 

“Mana-mana kata laluan menggunakan keseluruhan nombor perlu dielakkan terutamanya nombor berurutan.

 

“Semakin banyak laman web memerlukan kata laluan atau menggunakan gabungan huruf dan nombor yang lebih kukuh, kerana kata kunci berbentuk corak terlalu ketara dan ia tidak selamat,” katanya lapor Mail Online. – Malaysia Digest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.