Gereja Perlu Akur Keputusan Mahkamah Persekutuan – ISMA

PETALING JAYA: Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman menyatakan pihak Gereja Roman Katolik perlu akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka. Menurutnya, polemik isu kalimah Allah harus ditamatkan dan diharap pihak gereja mematuhi keputusan mahkamah demi keharmonian negara.

 

“Kedegilan mereka untuk meneruskan isu ini tidak akan menguntungkan sesiapa,” katanya dalam satu kenyataan, lapor ISMAweb.

 

Semalam, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk semakan semula kehakiman berhubung keputusan melarang penerbitan The Herald daripada menggunakan kalimah Allah.

 

Keputusan tersebut dibuat sebulat suara oleh panel lima hakim yang mendengar permohonan itu.

 

Jelas Abdullah, kegagalan untuk menerima keputusan mahkamah hanya akan memanjangkan pertikaian antara orang Islam dan Kristian.

 

“Kita akan terus berkrisis jika kita tidak mahu menerima keputusan intitusi keadilan negara,” tegasnya.

 

Keputusan itu sekali gus memberi gambaran bahawa perjuangan pihak gereja melalui saluran perundangan untuk menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguannya edisi Bahasa Malaysia, Herald berakhir selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya bagi semakan. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.