Berita Gangguan Air Di Selangor Dan KL Tidak Benar

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menyangkal berita palsu yang disebarkan di media-media sosial berhubung isu gangguan air yang dikatakan akan berlaku di seluruh Selangor.

 

Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata, tinjauan dan pemantauan syarikat berkenaan mendapati terdapat sesetengah pihak yang sengaja mahu mencetuskan suasana panik kepada pengguna di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

 

Sejak beberapa hari lalu, terdapat berita yang disebarkan menerusi laman facebook dan Whatsapp yang mengatakan gangguan bekalan air akan berlaku selama 36 jam di seluruh negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

 

Menurut Priscilla, maklumat berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

 

Gangguan bekalan selama 36 jam itu hanya melibatkan sebahagian kawasan di daerah Hulu Langat dan Sepang sahaja berikutan terdapat kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Loji Semenyih ke Bukit Mahkota, Sepang.

 

Kerja-kerja tersebut bagaimanapun telah disiapkan sepenuhnya dan bekalan air telah disambung semula kepada pengguna. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.