Azih Muda Gesa Kerajaan Kaji Semula Harga Rumah PR1MA

Kuala Lumpur – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda mengesa pihak kerajaan mengkaji semula harga rumah perumahan rakyat 1Malaysia (PR1MA).

 

Azih Muda berkata, ini ekoran daripada aduan yang diterimanya yang memaklumkan bahawa harga rumah di bawah PR1MA tersebut adalah melebihi RM300,000 seunit di mana disifatkan pengadu sebagai tidak ‘kena’ .

 

“Ceupacs minta PR1MA mengkaji balik harga mengikut lokasi kerana mandapat aduan harga rumah tersebut melebihi RM300,000,00 seunit dan harga tersebut sama dengan negeri-negeri lain.

 

“Ini sama juga menipu sebab hendak mengambil untung lebih. Kerana kalau ikut lokasi, lokasi yang kurang tumpuan mungkin harga lebih rendah, ini tidak semua lokasi mempunyai ‘standard’ harga yang sama,” dalam sidang media “2015: kempen perangi penipu” di sini, hari ini.

 

Jelas beliau, mengikut prosedur sebenar harga rumah PR1MA ialah RM150 ribu hingga RM300 ribu seunit mengikut lokasi yang ditetapkan.

 

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata , harga rumah PR1MA melambung tinggi juga disebabkan faktor kontraktor membina rumah mengenakan caj yang lebih untuk mengaut keuntungan, sehingga menjadikan pembeli sebagai mangsa mereka.

 

“Sebagai contoh kontraktor yang digunakan berada di Kuala Lumpur mendapat projek PR1MA di Johor tentu mereka akan mengenakan caj lebih dengan alasan jarak yang jauh,” ujarnya.

 

Sehubungan itu beliau mengesa pihak kerajaan supaya memperuntukkan subsidi perumahan PR1MA kepada pemilik rumah bukan diberikan kepada kontraktor untuk mengaut keuntungan lebih.

 

“Dengan adanya subsidi tersebut pemilik dapat menggunakannya membeli barang keperluan rumah yang lain.

 

“Bagimanapun tindakan tegas perlu diambil oleh pihak kerajaan untuk mengawal harga rumah tersebut bagi mengelak rakyat menjadi mangsa penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.

 

PR1MA adalah salah satu projek kerajaan dimana matlamatnya adalah bagi membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana memiliki rumah sendiri ekoran harga rumah yang semakin tinggi di negara ini. – SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.