VIDEO: Waytha Moorthy Kenapa Sampai Sekarang Tak Minta Maaf, Tiada Penyesalan?

KAJANG – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy sepatutnya membuat permohonan maaf bagi meredakan kemarahan masyarakat terhadapnya.

Tindak-tanduknya yang sehingga kini tidak pernah menyuarakan penyesalannya akibat pernah bersuara sehingga menimbulkan kemarahan menjadi tanda-tanya, kata Presiden Majlis Presiden Negara (MPN) Prof. Datuk Dr Raduan Che Rose.

“Masih belum ada suara menyesal daripada beliau saya masih bertanya apa ada dalam hati beliau sama ada masih berpendirian sama atau menyesal?

“Berdepanlah dengan orang yang tidak bersetuju dengan beliau kalau tidak perkara ini akan menjadi besar. Kalau tidak sentiasa akan ada desakan demi desakan,” katanya ketika sidang media hari ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tambahnya lagi perlu sensitif dengan mempertimbangkan kriteria-kriteria menjadi ahli kabinet khususnya yang akan menggalas tanggungjawab khas aspek perpaduan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sehingga kini tidak memperlihatkan Waytha akan disingkirkan daripada barisan jemaah kabinet sungguhpun ramai yang mendesaknya menerusi pelbagai medium termasuklah petisyen yang dibuat dan kini mencecah lebih kurang 300,000.- SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.