PNB Umum Dividen 2018 ASB 7 Sen Seunit, Merosot Berbanding Tahun Lalu

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan dividen 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, sedikit merosot berbanding tahun lalu.

Memetik laporan Awani, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pembayaran berkenaan merangkumi jumlah pembayaran pengagihan sebanyak 7.00 sen seunit.

“Melalui pembayaran ini,akan memberi manfaat kepada 9.6 juta pemegang unit yang memiliki 155 bilion unit dalam ASB,” katanya pada majlis pengumuman agihan pendapatan ASB di Menara PNB hari ini.

ASNB turut mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.25 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun ini.

Tahun lalu bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, PNB mengagihkan dividen dan bonus ASB 7.25 sen seunit serta agihan tambahan 1 sen seunit sempena Bonus Khas Ulang Tahun PN ke-40.

Manakala bagi ASN tahun yang sama, pengagihan pendapatan sebanyak 3.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017. – SuaraTV

Dividend ASB 2017

Agihan dividen dan bonus bagi tahun 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.