Mana Ada ‘Kayu’? – Erma Fatima

KUALA LUMPUR: Istilah ‘comel’ yang diberi pengarah, Erma Fatima merujuk kepada lakonan Fattah Amin dan gandingannya, Janna Nick dalam drama rantaian Coffee Prince, mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, hari ini.

Entri yang dikongsi Erma dalam akaun Instagram menjadi ‘panas’ apabila netizen berbalas pandangan dengan peminat tegar Fattah mengenai perkara itu.

‘Drama’ berbalas komen bermula apabila seorang individu mendakwa Fattah tidak pandai berlakon malah dianggap masih ‘kayu’.

Membalas kenyataan itu, Emma mendakwa Fattah boleh berlakon dengan baik cuma belum diberi peluang menggalas watak mencabar.

“Mana ada ‘kayu’ …okaylah, hendak macam mana lagi? Sudah karakter biasa macam tu. Bukan nak membela, tetapi kenyataan.

“Fattah boleh berlakon. Mungkin belum dapat watak yang lebih mencabar,” kata Erma.

Masih tidak berpuas hati dengan komen Erma, individu terbabit terus menghentam lakonan Fattah.

Entri berkenaan terus hangat apabila penyokong Fattah berbalas komen dengan netizen.

Sejak dulu lagi, Fattah sering dikritik tidak pandai berlakon hingga dilabel ‘kayu’ oleh kumpulan yang tidak suka dengan aktor kacak itu.

Biarpun Fattah mencipta fenomena dalam beberapa drama rantaian malah pernah dipuji pengarah, masih ada pihak yang tidak mahu menerima hakikat aktor itu sudah banyak berubah.-bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.