Dakwaan Jalan Selayang-Serendah Runtuh Adalah Palsu

KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) menafikan dakwaan mengenai kononnya Jalan Selayang-Serendah (Jalan Pintas Rawang) telah mendap dan runtuh hingga mengorbankan lima nyawa.

Sebaliknya, kata JKR dalam satu kenyataan, gambar-gambar yang tular menerusi media sosial itu adalah gambar gembar bumi yang melanda Ecuador.

“Hasil siasatan JKR mendapati bahawa foto yang dikaitkan dengan kenyataan tersebut adalah sama dengan foto kejadian gempa bumi di Ecuador pada April 2016,” kata kenyataan berkenaan.

Sebelum ini, satu mesej palsu mengenai jalan runtuh di Selayang-Serendah yang dikatakan mengorbankan lima nyawa telah menjadi tular.

 

Ia turut memuatkan video kononnya seorang lelaki sedang meratapi kematian saudaranya akibat kejadian berkenaan.

Jalan Pintas Rawang sepanjang 9 kilometer telah dibuka pada 29 November lalu dan dijangka memanfaatkan kira-kira 30,000 pengguna setiap hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.