Gambar Cucu Perempuan Che Guevara Kibarkan Bendera Palestine Kembali Viral

Baru-baru ini di media sosial dikejutkan dengan gambar Lydia Guevara, cucu perempuan Che Guevara sedang mengibarkan bendera Palestina di padang bola sepak

Sebenarnya, gambar Lydia Guevara menunjukkan perpaduannya dengan rakyat Palestin telah menjadi viral pada 2016.

Namun selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel,  maka Lydia kembali menjadi viral  sebagai simbol penentangan terhadap keputusan AS itu.

undefined

Malah Che Guevara sendiri adalah seorang revolusioner dan pembela Palestin.

Pada 1959 Che Guevara berkunjung ke Gaza untuk mengubah penjajahan Palestin daripada konflik serantau menjadi perjuangan global melawan kolonialisme.

Pencetus adalah Persidangan Asia-Afrika di Bandung pada tahun 1955 dan Gerakan Non-Blok yang meluluskan perjanjian bahawa negara-negara dunia ketiga menolak dominasi asing.

“Dia adalah revolusioner, dan itulah yang kami lakukan sekarang,” kata Akram Abu Nada, seorang Palestin seperti yang dilaporkan oleh Palestin Chronicle.

Ali Al Qatawi, Setiausaha Agung Barisan Pembebasan Popular Palestin (PFLP) pula, mengatakan bahawa Guevara telah memberi inspirasi kepada gerakan kiri Palestin.

PLFP sendiri ditubuhkan pada 1967 oleh George Habash dan menjadi salah satu kumpulan terbesar yang bergabung dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Sedangkan sejarah pergerakan kiri di Palestin telah lama dikesan, yakni, pada 1919-1923, ketika pergerakan kecil meninggalkan Parti Komunis Palestin (PCP).

Kemudian, PCP akhirnya mendapat pengiktirafan dan diterima pada bulan Mac 1924.

Dengan gambarnya yang sedang viral ini, Lydia membuktikan bahawa penjajahan mesti ditentang tidak kira apa bentuknya.

Di samping itu, Lydia Guevara juga dikenali sebagai seorang yang aktif dalam gerakan vegetarian (tidak makan haiwan) dan telah mempromosikan vegetarian di Amerika Selatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.