PM Bimbang, Persatuan Tarik Diri Dari Liga Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyatakan kebimbangan mengenai masalah beberapa Persatuan Bola Sepak Negeri yang ingin menarik diri daripada Liga Malaysia 2017 kerana masalah kewangan.

 

Beliau menulis menerusi status di Facebooknya hari ini, meminta agar Persatuan Bola Sepak Negeri mencari jalan mengatasi masalah kewangan.

 

“Berkenaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), saya difahamkan masalah ini timbul berikutan peletakan jawatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden.

 

“Saya telah minta Annuar untuk membantu KAFA, agar tidak menghampakan harapan ribuan peminat The Red Warriors,” katanya.

 

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memutuskan untuk menarik diri dari saingan Liga Malaysia 2017 susulan ketidak mampuan untuk menyediakan dana mencukupi untuk pengurusan skuad.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.