Video: Polis Sahkan Berlaku Pergaduhan Pelanggan Dengan Penjual Telefon Di Kota Raya

KUALA LUMPUR – Berang dengan penipuan jual beli telefon di Kompleks Beli Belah Kota Raya, sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan telah bergaduh dengan jurujual telefon bimbit di tingkat bawah kompleks tersebut petang semalam.

 

Satu klip video yang merakamkan pergaduhan tersebut yang berdurasi lebih dua dua minit telah dimuat naik ke YouTube dan menjadi viral di media sosial sejak semalam.

 

Dalam rakaman video itu beberapa lelaki dilihat bergaduh dengan jurujual sebuah kedai telefon bimbit termasuk ada yang bertindak membaling kerusi ke dalam kedai berkenaan.

 

Turut kelihatan dalam klip video itu seorang lelaki berkemeja biru dipercayai jurujual terbaring di lantai dengan menutup muka selepas dibelasah.

 

Sementara itu, Bernama melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad telah mengesahkan pergaduhan telah berlaku kira-kira jam 4.55 petang semalam.

 

“Kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya.

 

Susulan pergaduhan tersebut, pihak pengurusan kompleks berkenaan terpaksa menutup sementara premis itu semalam.

 

Sepanjang bulan ini beberapa kes penipuan jual beli telefon dilaporkan berlaku di Kota Raya termasuk kes jurujual telefon mengurung pelanggannya selama beberapa jam di bilik khas. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.