Projek Tambak Laut Jejas 1,000 Penduduk

GEORGETOWN – Kehidupan lebih 1,000 penduduk dan nelayan di pesisiran pantai Bayan Bay di sini, terancam susulan kerja tebus guna tanah yang giat dijalankan oleh pemaju swasta sejak Mei lalu.

 

Kerja tebus guna membabitkan kawasan seluas 10 hektar itu dipercayai bagi tujuan pembinaan kolam renang bertaraf antarabangsa, tiga gelanggang bola keranjang dan satu padang bola sepak.

 

Setiausaha GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong, berkata rakyat berasa tertipu apabila kerajaan DAP Pulau Pinang mendakwa hanya meluluskan projek tambakan laut bermula pada tahun ini sahaja.

 

“Bagaimana projek ini sudah bermula pada Mei, sedangkan kita tahu, proses meluluskan bagi permohonan kebenaran merancang sesebuah projek mengambil masa sekurang-kurangnya satu tahun.

 

“Jadi, bagaimana pemaju ini sudah memulakan projek mereka secara senyap-senyap tanpa sebarang sesi dialog bersama penduduk. Lokasi projek tebus guna tanah itu hanya 400 meter sahaja daripada kediaman penduduk,” katanya. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.