PAS Kurang Berpengaruh Untuk Bertanding Di Sarawak – Wan Azizah

PETALING JAYA – PAS mempunyai kurang pengaruh di Sarawak bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika mengulas mengenai sama ada PKR akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan PAS bagi PRN Sarawak yang dijangka awal tahun depan.

 

“Di Sarawak PAS kurang presence (pengaruh). PAS tak ada kerusi di sana. Presence PAS di Sabah dan Sarawak tidak sama (seperti) di Semenanjung (Malaysia),” katanya pada sidang media Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

 

Sebelum ini media melaporkan, Presiden Amanah Mohamad Sabu bercadang untuk meletakkan calon dalam pilihan raya Sarawak yang dijangka berlangsung tahun depan.

 
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, perkara itu merupakan tumpuan utama partinya dalam masa terdekat ini.

 

Sementara itu, berhubung kerjasama antara PAS dan Umno, Dr Wan Azizah memilih untuk bersikap tidak masuk campur dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

 

Dr Wan Azizah diminta mengulas berhubung laporan media semalam memetik Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebagai berkata, partinya bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia merupakan sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.

 

Bagaimanapun dalam kenyataan hari ini, Takiyuddin menafikan laporan media itu.

 

“Saya kira setiausaha agung PAS sudah berikan jawapan. Itu tanya merekalah,” katanya. – M.Insider

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.