Foto: Enam Kereta Terbakar Di Petaling Jaya

PETALING JAYA – Enam buah kenderaan dilaporkan terbakar dalam satu insiden yang berlaku di parkir LRT Taman Jaya tengahari tadi.

 

Beberapa keping rakaman foto insiden tersebut kini viral di media sosial.

 

Sementara itu laporan awal menyebut jenis model kereta yang terlibat ialah Toyota Vios, Proton Wira, Suzuki Swift, Proton Saga, Gen2 dan Honda.

 

Kereta terbakar di PJ-1

 

kereta terbakar di PJ-2

 

Kereta terbakar di PJ-3

 

Insiden terbabit telah dilaporkan pada jam 12.58 tengahari dan pihak polis telah tiba dilokasi pada jam 1.09 petang

 

Tiada mangsa dilaporkan dalam insiden terbabit. Punca kejadian belum dikenalpasti.

 

Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan pada jam 1.32 petang oleh pihak bomba.

 

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan insiden kebakaran tersebut disebabkan letupan bom sebaliknya dipercayai ada kaitan dengan perbuatan khianat – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.