JPJ Tawar Ganti Lesen Kenderaan Secara Percuma Pada Semua Mangsa Banjir

Kuala Terengganu – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan penggantian lesen memandu dan lesen menunggang motosikal secara percuma kepada mangsa banjir di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad, berkata ia bagi membantu meringankan beban mangsa banjir yang terjejas dan kehilangan harta benda dalam bencana terbabit.

“Saya menyeru kepada mangsa banjir yang kehilangan lesen ini agar tampil ke pejabat JPJ berdekatan kawasan masing-masing untuk memperbaharuinya secara percuma. “Lazimnya bayaran untuk lesen memandu ialah RM30 manakala lesen motosikal ialah RM20.

“Walaupun jumlah ini kecil, namun ia pasti meringankan beban kewangan mangsa banjir yang terbabit,” katanya kepada media pada Hari Ketua Pengarah Bertemu Pelanggan di sini, hari ini.

BERITA LAIN MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.