Pengguna Media Sosial Puji Tindakan ASP Kamarul

Kuala Lumpur – Sebuah gambar yang memaparkan seorang anggota polis mendukung warga emas dalam usaha menyelamat mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini, mendapat pujian daripada pengguna media sosial di laman Facebook.

Dalam status yang dimuat naik Polis Diraja Malaysia, anggota polis tersebut bernama ASP Kamarul yang merupakan Ketua Balai Polis Kuala Krai dilihat mendukung warga emas untuk dipindahkan ke lokasi yang selamat dalam satu operasi menyelamat pada Jumaat lalu.

‘Yang muda dihargai, yang tua dihormati’. Prihatin dengan keadaan mangsa banjir, Ketua Polis Balai Kuala Krai, ASP Kamarul mendukung seorang warga emas yang merupakan mangsa banjir di daerah itu untuk dipindahkan ke lokasi selamat.

Setakat hari ini, status tersebut berjaya mendapat pujian daripada pengguna laman Facebook di mana lebih 20,000 likes dan hampir 300 shares.
Berikut adalah komen selektif daripada pengguna:

Abdul Ghani Moga2 Allah permudahkn tugas tuan. Kemulian hati budi yg perlu di contohi baik dr tuanku sultan sendiri malah di ikut sampai ke peringkat rakyat.

Stevenhor Saufoong Inilah polis yang rakyat mahu,salute.

Nor Hisham Moga memberkati mu tuan Asp

Naomi Raji Good human…God bless you Sir.

Mohdnoor Sultan Salute PDRM , Tahniah Tan Sri KPN kerana mempunyai pegawai pegawai seperti ini.

Noora Aiza Walaupun berpangkat tinggi tapi tidak menyombong diri…Semoga Allah memberkati setiap perjalanan tuan dalam menjalankan tugas yg diamanahkan

Dulia Yukh Contoh teladan yg baik….Tuhan saja yg dpt mmbalas budi baik anda…hari Ini kita bntu org lain,esok lusa mna kita tau apa nasib kita pula Kan….

Keadaan banjir di Pantai Timur Semenanjung masih belum reda, dengan lapan daerah di Kelantan merekodkan keadaan semakin buruk, apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 20,733 pagi ini, berbanding 19,186 orang malam tadi.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, kesemua mangsa banjir daripada 6,733 keluarga itu ditempatkan di 76 pusat pemindahan, dengan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah terbesar, iaitu 11,857 orang yang ditempatkan di 32 pusat pemindahan, berbanding 11,079 orang malam tadi.

Di Tumpat, jumlah mangsa juga terus meningkat kepada 5,248 orang yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan, berbanding 3,861 orang sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.