Pengantin Kelam-Kabut, Tok Kadi Meninggal Dunia

Pulau -Pinang – Kegembiraan sepasang bakal pengantin di Pulau Pinang hari ini tergendala seketika apabila jurunikah yang ingin menikahkan mereka dilaporkan meninggal dunia.

Menurut sumber pengantin lelaki tersebut, adiknya yang turut bersama pergi ke Pulau Pinang untuk menyertai rombongan itu turut ‘terkesima dan terkejut’ apabila sampai sahaja di rumah jurunikah itu, dia meninggal dunia.

“…adik saya pergi Pulau Pinang rombongan nikah anak saudara isterinya..sampai rumah Tok Kadi, Tok Kadi meninggal dunia.

“Pasangan nak nikah ramai…jadi semua kena pergi rumah dia…jadi pasangan kena pergi pejabat agama untuk bernikah.

“Bila sampai pejabat agama, pejabat agama tutup sebab hari Sabtu, mak pengantin kena telefon sana sini cari jurunikah…tetapi Alhamdulillah sekarang sudah nikah dekat Masjid Sebarang Perai,” katanya menceritakan detik-detik tersebut.

Sementara itu, Sinar Online telah mendapatkan pengesahan daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Sazali Hussein mengenai insiden itu.

Sazali berkata, jurunikah tersebut telah meninggal dunia semalam dan difahamkan dia meninggal dunia secara mengejut.

“Dia meninggal jumaat (semalam), meninggal sebab sakit jantung, mungkin pasangan itu tidak dimaklumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Menjelas perkara tersebut, Sazali berkata, Jabatan Agama Islam sedia menyerahkan kes-kes tersebut kepada Pengawai Tadbir Agama Daerah untuk ‘menanganinya’.

“Bila ini berlaku (jurunikah meninggal mengejut) Pegawai Tadbir Agama Daerah akan ambil alih.

“Dan perkara ini tidak menimbulkan sebarang isu,” katanya. – Sinar Online

One thought on “Pengantin Kelam-Kabut, Tok Kadi Meninggal Dunia

  • December 26, 2014 at 12:15 pm
    Permalink

    BER ISTRI BARU MENJELANG 2015
    Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan bolehdijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
    (Atas Kedai Kek Bee’s)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606/0136312803/0169100809
    sekiranya kami dalam THAILAND WATSAP ke no : 0169100809
    sila sebarkan maklumat ini kepada yang memerlukan
    kahwinthaibest.blogspot.com
    fb : aludin kamal
    +++ kami tidak tinggal pasangan dihotel dan balik ..kami bersama pasangan hingga selesai urusan +++ jika ada masa terluang kami bawa berjalan / Thai Traditional Massage InsyaAllah…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.