PBB Gesa Israel Bayar Ganti Rugi RM3 Bilion

New York – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin mengarahkan Israel membayar ganti rugi sebanyak AS$856.4 juta (RM3 bilion) kepada Lubnan kerana menyebabkan tumpahan minyak ketika peperangan tercetus pada 2006.

Keputusan itu dibuat selepas resolusi tidak terikat berhubung insiden itu diluluskan oleh PBB.

Dalam satu kenyataan, Israel telah dikutuk pertubuhan itu kepada berat sebelah terhadap negara terlibat, lapor media Israel.

“Tel Aviv digesa untuk membayar pampasan segera kepada Beirut dan beberapa negara lain termasuk Syria yang turut terjejas akibat tumpahan 15,000 tan minyak di perairan Mediterranean tersebut.

Kejadian itu telah memberi kesan besar kepada kehidupan dan ekonomi Lubnan serta menyebabkan bencana alam yang dahsyat,” menurut kandungan resolusi itu.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas rejim Zionis melancarkan serangan udara ke atas tangki simpanan minyak berhampiran loji kuasa negara itu.

Serangan tersebut menyebabkan pantai Mediterranean dibanjiri dengan 15,000 tan minyak, menurut PBB.

Selain itu, PBB meminta Lubanan untuk meneruskan usaha pembersihan dan masyarakat antarabangsa digesa meningkatkan pembiayaan untuk pemulihan alam sekitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.