Mangsa Banjir Semakin Berkurangan

Kuala Lumpur -Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung berubah sedikit tengah hari ini dengan beberapa pusat pemindahan banjir di Kelantan ditutup.

Menurut portal banjir kerajaan negeri Kelantan, empat pusat pemindahan mangsa banjir di Jeli ditutup selepas 216 orang yang berada di pusat berkenaan di sebelah pagi dibenarkan pulang.

Kelantan merekodkan 20,524 mangsa setakat tengah hari ini daripada 6,669 keluarga yang ditempatkan di 73 pusat-pusat pemindahan di seluruh negeri dengan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah terbesar mangsa iaitu 11,853 orang yang ditempatkan di 33 pusat pemindahan berbanding 12,008 orang pagi tadi.

Jumlah mangsa banjir di Tumpat bertambah sedikit tengah hari ini kepada 5,270 orang yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini mencatat bacaan 10.29 meter naik sedikit berbanding 10.29m pagi tadi melepasi paras bahaya 9 meter.

Keadaan itu dijangka menyebabkan berlaku pertambahan mangsa banjir berikutan keadaan cuaca yang mendung disusuli sesekali hujan lebat terutama di kawasan pedalaman negeri ini.

Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai kekal 1,928 orang yang ditempatkan di lapan buah pusat, Machang (75/tiga pusat, Pasir Puteh (619/empat pusat), Tanah Merah (443 orang/14 pusat) dan Kota Baharu (336 orang/empat pusat).

Jumlah yang terkorban akibat banjir gelombang kedua di negeri ini sejak 16 Dis lalu masih kekal empat orang.

Sementara itu, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, jumlah mangsa banjir di Terengganu pula menurun kepada 5,977 tengah hari ini berbanding 6,746 orang di sebelah pagi yang ditempatkan di 82 pusat-pusat pemindahan di seluruh negeri.

Manakala mengikut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, setakat jam 10.30 pagi ini, seramai 5,898 mangsa membabitkan 1,569 keluarga berada 83 pusat pemindahan di seluruh negeri ini.

Dungun masih mempunyai bilangan mangsa banjir paling ramai iaitu 2,248 orang, diikuti Besut (1,347/27 pusat) Kemaman (1,254/10 pusat) Hulu Terengganu (425/enam pusat), Kuala Terengganu (336/empat pusat), Setiu (132/lapan pusat) dan Marang (40/satu pusat pemindahan).

Namun banjir di Besut sedikit reda apabila 1,347 mangsa daripada 350 keluarga berada di 27 pusat pemindahan manakala di Kemaman, seramai 1,254 mangsa membabitkan 339 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

Selain itu, di Hulu Terengganu, seramai 541 mangsa daripada 156 keluarga masih berada di lapan pusat pemindahan manakala seramai 132 mangsa membabitkan 32 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan di Setiu.

Di Kuala Terengganu, seramai 336 mangsa daripada 82 keluarga berada di empat pusat pemindahan dan seramai 40 mangsa membabitkan 12 keluarga ditempatkan di satu pusat pemindahan di Marang.

Sementara itu, laluan yang ditutup kepada semua kenderaan bagi daerah Dungun Jalan Durian Mentangau-Citrus Valley (Kampung Durian Mentangau) kedalaman air 0.8 meter; Jalan Durian- Mentangau -Citrus Valley (kedalaman air 0.9m); Jalan Tok Kah – Lentang, (Kg Lentang Jerangau) kedalaman 0.3m; Jalan Tok Kah – Lentang, kedalaman 0.5m; Jalan Tok Kah – Lentang, kedalaman 0.6m; Jalan Telembuh (Kampung Neram Jerangau) kedalaman 0.7m dan Kampung Wa- Jerangau kedalaman air 0.7 meter.

Bagi Daerah Hulu Terengganu, Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong (Kamlung Bukit Tadok) ditutup kepada semua kenderaan dinaiki air sedalam 1.5m.

Bagi laluan di daerah Setiu, Jalan Pengkalan Merbau / Pelong (Kampung Mak Bakas) kedalaman air 0.30m ditutup kepada kenderaan ringan; Jalan Pengkalan Merbau / Pelong (Kampung Padang Muar) kedalaman air 0.40 meter ditutup kepada kenderaan ringan; Jalan Hulu Seladang kedalaman air 1.60m ditutup kepada semua kenderaan dan Jalan Hulu Seladang (hadapan SK Permaisuri) kedalaman air 0.35m ditutup kepada kenderaan ringan.

Bagi Daerah Kemaman, jalan Pulau Tempurung ke Pasir Mina/Pengkalan Binjai ditutup kepada semua kenderaan apabila dinaiki air 1.5 meter dan jalan Bukit Mentok-Tanjung Mok Tek ditutup kepada kenderaan ringan apabila laluan itu dinaiki air 0.3 meter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.