Dua Polis Dipecat Kerana Gambar Lucah

Dua anggota polis daripada Unit Perlindungan Diplomatik Scotland Yard dipecat, kerana menghantar imej lucah melalui telefon bimbit.

Kedua-duanya yang berusia 34 dan 36 tahun itu dibuang kerja, selepas mengaku melakukan salah laku melampau dan didapati bersalah kerana melanggar integriti.

Menurut BBC, kedua-dua konstabel itu diberhentikan tanpa sebarang notis, selepas sesi pendengaran salah laku diadakan pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, nama kedua-dua anggota itu tidak didedahkan.

Terdahulu, pada Jun lalu, seorang lagi anggota daripada unit sama, James Addison, 37, dibuang kerja, selepas berkongsi pornografi melampau di telefon bimbitnya, ketika bertugas.

Dia didapati menghantar imej-imej “menjijikkan dan melampau”, termasuk aksi seks aneh dan membuang air besar.

Addison yang berasal dari Rayleigh, di Essex, digantung kerja pada Disember 2013, selepas mengaku berkongsi imej-imej berkenaan.

Pada Mei lalu, Addison didenda £6,000 atau kira-kira RM32,685 oleh Mahkamah Majistret Westminster, selepas mengaku bersalah terhadap 11 pertuduhan menyiarkan satu artikel lucah.

Sejumlah 14 anggota polis disiasat untuk kesalahan jenayah mahupun salah laku, selepas gambar lucah itu ditemui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.