Buka Tudung: Rosyam Noor Mengamuk

Kuala Lumpur – Baru-baru ini kecoh apabila pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor mengamuk di Twitter, meluahkan rasa bengangnya apabila sebuah premis perniagaan meminta anak gadisnya yang ingin memohon pekerjaan agar membuka tudung.

Sebagai bapa, Rosyam pastinya kesal apabila kejadian berkenaan yang boleh disifatkan sebagai keterlaluan dan diskriminasi itu sememangnya wujud, tambah-tambah lagi setelah menimpa anak sendiri.

Komen pelakon berkenaan disokong rata-rata peminat yang turut sama berkongsi rasa kesal kerana mempunyai pengalaman yang sama apabila kebanyakan premis mengenakan syarat sedemikian dalam pengambilan pekerja.

Namun premis yang dimaksudkan Rosyam, Hamley’s yang terletak di pusat membeli belah One Utama itu telah pun memohon maaf kepada beliau sambil menjelaskan perkara sebenar.

Menurut kenyataan Hamley’s, premis berkenaan bersifat terbuka kepada semua pemohon dan tidak pernah menetapkan polisi ‘buka tudung’ seperti yang didakwa.

Ujar mereka, perkara berkenaan terjadi kerana berlaku salah faham.

Rosyam Noor Mengamuk 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berikut adalah kenyataan penuh Hamleys Malaysia berhubung isu ini:

 

Salam Sejahtera Semua

Terima kasih kepada semua yang memberitahu pihak kami mengenai isu ini.

Kami tidak mempunyai sebarang polisi syarikat di mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab/tudung. Kami memang mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama.

Setelah disiasat, memang salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam. Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini.

Pihak pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon maaf di atas isu ini. Kami berasa sangat kesal dengan insiden ini dan juga dengan apa yang telah tercetus disebabkannya. Diharap Datuk Rosyam serta anak gadisnya dan juga kaum Muslimin & Muslimah yang telah terguris dengan kejadian ini sudi merima permohonan maaf kami ini.

Yang Ikhlas
Pihak Pengurusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.